Ross Lynch
Ross Lynch

Ross Lynch

Ross Shor Lynch (lahir 29 Disember 1995) ialah penyanyi, penulis lagu, pemuzik dan pelakon Amerika Syarikat. Beliau ialah vokalis utama kumpulan pop rock R5 dan merupakan separuh daripada kumpulan Driver Era, bersama abangnya, Rocky Lynch. Sebagai pelakon, beliau terkenal dengan peranan sulungnya sebagai Austin Moon di siri asal Disney Channel Austin & Ally, dan peranannya sebagai Brady dalam siri Teen Beach Movie. Pada tahun 2017, Lynch bergiat aktif di filem, berlakon dalam biopik My Friend Dahmer, di mana beliau memegang watak Jeffrey Dahmer remaja. Sejak 2018, Lynch memegang watak Harvey Kinkle, teman lelaki Sabrina Spellman, dalam siri televisyen Netflix Chilling Adventures of Sabrina, berdasarkan siri buku komik dengan nama yang sama.[3]